Wednesday, 3 October 2012

LoNg tImE nO sEe..!

Hey....long time no see! that is the best expression yang saya boleh kongsikan kat sini..so, macam2 al-kisah, cheritera or gossip yang nak dikongsikan...(walhal x dak pon)


First sekali, kisah kawan aku yang dh nak kawin..waduh..nk kata jeles pon ada.nak kata x jeles pon ada.so pendek "word" no feeling lah..kiki..kawan aku ni bakal melangsungkan wedding dia x lama lagi.aku dah wish awal2 lagi and dah booking awal2 lagi nak mkn semeja dgn pengantin(kawan aku ni la).so, minta2 dia kasi..bukannya aku ni nk menyibok tapi aku nk makan makanan pengantin yang sedap tu je....hehe.




Okey..habis satu bab.yang seterusnya pula adalah since sekarang ni aku tengah serabut bin perut dgn kerja yang x berapa nak banyak tapi aku saja memperbanyakkan kerja jadi aku nak juga la share sesuatu kalau2 korang rasa stress macam aku rasa ni..bukannya apa, ada la someone told me yg sharing is caring and caring is loving..so, disebabkan kita ni nak saling loving antara satu sama lain, meh la sama2 kita praktikkannya yer...macam ni cara2nya..: 



1) Luahkan masalah anda kepada rakan paling rapat dengan anda dan boleh dipercayai serta mampu bertindak sebagai pendengar yang baik. Ini kerana sekurang-kurangnya ada orang yang sudi mengambil tahu tentang masalah anda. Dengan itu sedikit sebanyak kepala anda berasa ringan kerana segala masalah yang terbeban di kepala telah dihemburkan semasa bercerita.
2) Cuba sibukkan diri anda. Apabila anda sibuk, secara tidak langsung akan melupakan seketika mengenai permasalahan yang menghantui diri anda.
3) Jangan terlalu memikirkan masalah tersebut. Cuma ingatlah perkara-perkara yang melucukan dan mencuit hati sahaja. Perkara-perkara yang menyulitkan perlu dilontar jauh-jauh dalam fikiran anda. Di samping itu, janganlah memandang hidup ini terlalu serius kerana ia hanya akan menyusahkan diri sendiri.
4) Mengadulah kepada Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang. Selepas berbuat demikian anda tentu berasa lega dan tenang.
5) Babitkan diri dengan aktiviti yang menyeronokkan dan lasak. Ini secara tidak langsung fikiran anda tidak akan tertumpukan kepada masalah sahaja. Apabila anda melibatkan aktiviti lasak seperti bersukan, mengembara, berkhemah dan meredah hutan, pastinya fikiran anda berasa ringan dan tekanan perasaan dapat dihapuskan dengan sendirinya.

6) Makan coklat juga dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang anda alami. Tapi petua ni untuk sesiapa yang tidak mempunyai masalah diabetes la yer.. ^_^


Amacam??ada faham?ok..kalau dah faham bagus la...x la penat sgt cikgu nak terang..hihi

Berdoa kepada Allah S.W.T.
In the nutshell, sampai sini dulu kot.nanti kalau jari rasa nak taip kita jumpa lagi di post yang lain pula k,...tata!





No comments:

Post a Comment