Saturday, 20 October 2012

Nasi Ayam Feberet Aku....!

sedapnya..!
Semua orang ada makanan kegemaran masin-masing.. Termasuklah aku..(belum cita lg tp dh terliur ni). Tak mau bermadah-madah lagi terus-terang habaq mai saya suka makan nasi ayam.. Fulamak..! Dia punya ayam kalau ada crunch2 sikit lagi la sedap.. Nasi ayam ni ada pelbagai. Antaranya nasi ayam berempah, nasi ayam hainan yang mana ayamnya akan dikukus, nasi ayam ala2 jawa sikit and nasi ayam biasa ja. Nasi ayam biasa ni la yang paling murah..kalau kat tempat aku(KEDAH) ni harganya masih RM3.50 sepinggan..... Pepatah Melayu ada menyatakan, alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. So, meh la kita berkongsi resepi nasi ayam sikit yer. Kalau tak jadi jangan marah saya. Kita cuba lagi lepas ni.. Okey?


Bahan2 untuk Ayam :
  • Ayam (direbus dan ditoskan)
  • Kemudian : Serai, Bawang putih, Halia, & Sedikit bawang besar - dikisar 
  • Pastu bahan2 kisar tu dituangkan ke atas ayam yg tlh direbus tadi bersama2 dengan bhn2 lain :
    • Kicap manis
    • Sedikit kicap masin
    • Sos cili
    • Sos tomato
    • Sos tiram
    • 1 sudu madu
  •  Perap lama2 - kalo boleh 3-4 jam
Bahan2 Utk Nasik
  • Beras dicuci bersih
  • Rempah sup tulang adabi = bunjut + segala kayu kayan yg kat dalam plastik tu
  • 1 batang serai - diketuk
  • 4 helai daun pandan
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang merah - dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
Cara2 nya adalah :
  • Beras yg dah dicuci td, masukkan dalam rice cooker
  • Tuangkan air rebusan ayam tadi - agak2 cukup utk masak cam masak nasi biasa
  • Taburkan sedikit serbuk kunyit (kalo nak nasi tu kekuningan)
  • Pastu, panaskan 1 sudu minyak masak
  • Tumiskan bawang merah + bawang putih yg telah dihiris td
  • Tumiskan bersama2 dgn sup bunjut, kayu manis n segala macam kayu n herbs yg ada bersama2 rempah sup tulang adabi tu sampai wangi
  • Masukkan serai
  • Then tuangkan ke dalam rice cooker yg td
  • Masukkan daun pandan ke dalam rice cooker tu jugak
  • Tekan butang 'ON', then tunggu lah nasik tu masak nnt
Ayam n Nasik dah... so now it's time to prepare the soup...
Bahan2 untuk sup :
  • Air rebusan ayam
  • Sup bunjut
  • Kiub ayam 
  • Sedikit halia - ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • Serbuk sup
  • Garam
  • Gula
  • Bawang goreng
  • Daun sup - dihiris halus
Cara2nya adalah : 
  • Amik satu pan, masukkan sedikit minyak masak
  • Tumiskan halia, bawang putih dan bwg merah yg telah ditumbuk tadi
  • Masukkan sup bunjut
  • Kemudian tuangkan ke dalam periuk yg berisi air rebusan ayam tadi
  • Sup dimasak sambil dikacau sekali sekala
  • Masukkan serbuk sup secukupnya
  • Kemudian masukkan 1 kiub pati ayam
  • Then tambahlah garam n gula secukup rasa
  • Bila dah mendidih n rasa smua dah sebati... leh la tutup api dan taburkan dengan bawang goreng dan daun sup
Next is how to prepare the Kicap....
 
Bahan2 untuk kicap :
  • Kicap Manis
  • Sedikit kicap masin
  • Sup
  • Campurkan ketiga2 bahan tadi - biar rasa dia balance - x masin, x manis
  • Dah siap
Next pulak, sambal cili
Bahan2 untuk sambal cili :
  • Cili besar 6 tangkai 
  • Cili kecik 2 tangkai
  • Bawang putih 2 ulas
  • Kesemua bahan2 di atas diblend bersama2
  • Kemudian rebus sekejap
  • Masukkan cuka beberapa titik
  • Then masukkan juga garam dan gula
  • Masak hingga mendidih
  • Then siap... Senangkan??
Selamat mencuba yer anda-anda semua... 

1 comment: